creamy chicken

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan:
• ½ bungkus penne, direbus mengikut arahan pada pek
• 1 sudu besar minyak zaitun
• 2 dada ayam, dipotong dadu
• 2 ulas bawang putih, dicincang
• 6 cendawan segar, dihiris
• ½ lobak merah, dihiris halus
• 4 cawan susu
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil lada sulah

 
Kaedah:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan goreng ayam dengan api besar.
2. Apabila masak, tambahkan bawang putih,
cendawan dan hirisan lobak merah.
3. Tambahkan garam dan lada sulah.
4. Kecilkan api dan tuangkan susu.
5. Masukkan penne rebus dan kacau dengan baik.
6. Hidang semasa panas.