


Ramuan:
• ¼ cawan bijirin oat yang telah dikisar
• ¾ cawan air
• 1 biji epal, dikupas, dibuang biji dan dipotong dadu
• 2 sudu besar manga yang telah dihiris
• 4 sudu besar susu
Kaedah:
1. Campurkan bijirin yang telah dikisar ke dalam air yang mendidih, dikacau sentiasa.
2. Didihkan selama 5 minit, pukul sehingga sebati.
3. Campurkan susu dan tuangkan ke dalam mangkuk.
4. Kukus epal dan mangga yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
5. Kemudian, kisar ketulan epal dan mangga selama 5 saat sehingga sebati
6. Tuangkan puri epal ke atas bijirin oat.