Adalah biasa untuk berasa bimbang jika anda menyusukan bayi buat pertama kalinya. Anda mungkin bimbang tentang…

 

1.5

1. Berasa sakit apabila menyusukan bayi adalah biasa

  • Penyusuan susu ibu tidak seharusnya menyakitkan. Pada beberapa hari pertama menyusukan bayi, adalah biasa untuk mengalami sedikit kesakitan namun kesakitan tidak seharusnya berterusan. Ibu-ibu tidak seharusnya berasa tidak selesa sehingga terpaksa berhenti menyusukan bayi.
  • Tambahan pula, sebarang ketidakselesaan seperti sakit yang mencucuk puting dan juga kecederaan puting, adalah tidak normal dan lazimnya disebabkan oleh bayi yang tidak melekap dengan baik. Jika posisi yang betul diamalkan, ibu tidak berasa sakit.
  • Oleh itu, menguasai teknik pelekapan dan posisi yang betul boleh menjauhkan kesakitan

2. Bukan semua ibu boleh menghasilkan susu secukupnya

  • Sebenarnya, kebanyakan wanita boleh menghasilkan lebih banyak susu daripada yang diperlukan oleh bayi mereka. Selalunya, apabila berat badan bayi lambat meningkat, atau bayi kehilangan berat badan, ia bukanlah disebabkan oleh ibu yang tidak dapat menghasilkan susu secukupnya. Ia disebabkan oleh susu yang tidak sampai kepada bayi.
  • Sebab lazim ialah kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara. Oleh itu, adalah penting bagi semua ibu yang merancang untuk menyusukan bayi untuk mempelajari dari awal teknik pelekapan. Sekiranya tidak pasti, mintalah bantuan jururawat.

3. Ibu yang melahirkan bayi melalui pembedahan caesarean tidak boleh menyusukan bayi

  • Sudah tentu tidak benar. Seorang ibu yang baharu melalui pembedahan caesarean masih boleh menyusukan bayi sekiranya tiada komplikasi perubatan. Dia memerlukan sedikit bantuan kerana terpaksa menyusu dalam keadaan berbaring dan pergerakan sebelah atau kedua belah tangannya mungkin terhad kerana dipasang tetesan intravena.

4. Penyusuan susu ibu membuat payudara kendur

  • Memakai coli yang menyokong dengan baik ketika hamil dan semasa menyusukan bayi membantu mengekalkan bentuk payudara, dan menghindarkan ligamen daripada tertarik.
  • Untuk mengekalkan bentuk payudara mereka, wanita harus mengambil makanan berkhasiat, kurangkan berat badan selepas hamil secara beransur-ansur, dan bersenam secara tetap.

5. Wanita yang mempunyai payudara kecil kurang menghasilkan susu berbanding mereka yang mempunyai payudara besar

  • Tidak, tidak betul sama sekali! Saiz payudara menunjukkan kandungan lemaknya. Ia tidak ada kaitan dengan keupayaan untuk menghasilkan susu.

 

Insert video: “Expert: Common Breastfeeding Concerns”

 

Untuk maklumat lanjut tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak, sila rujuk pada

  1. MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA (2013) Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents. Putrajaya: Technical Working Group on Nutritional Guidelines (for National Coordinating Committee on Food and Nutrition).
  2. NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA (2011) Breastfeed with Confidence. Petaling Jaya: Mother’s Smart Choice.