Pumpkin & Barley Porridge

icon1Masa Memasak: 45 minit
icon1Hidangan untuk: 3 orang
icon1Untuk Bayi: 6-8 Bulan

Ramuan:
• 1 cawan buah labu yang dikupas, dibuang biji dan dicincang
• ½ keping filet ikan, dipotong dadu
• 1 sudu besar barli
• 2 sudu besar beras
• 4 sudu besar susu
Kaedah:
1. Masukkan beras dan barli ke dalam periuk dan rebus dengan 2 cawan air dengan api yang kecil selama 30 minit sehingga lembut dan halus.
2. Untuk tekstur yang halus, barli dengan bubur nasi boleh dikisar selama 3 saat apabila hidangan telah sejuk.
3. Kukus potongan labu dan ikan selama 15 minit atau sehingga lembut.
4. Kisar potongan ini selama 10 saat.
5. Tuangkan ke dalam mangkuk dan campurkan susu ke dalam bubur barli dan nasi sehingga sebati.