Skip to Content

Category Archives: Makan Tengah Hari

Nasi Ayam

chickn rice

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan A:
• 6 cawan air
• ½ sudu kecil minyak bijan
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 tangkai daun bawang, dihiris
• 1 cawan beras, dibasuh dan ditos
• 1 timun, dihiris

 

Ramuan B:
• 8 drumet ayam, dibuang kulit
• 1 biji bawang merah, dihiris
• 3 ulas bawang putih, dihiris
• 2.5 cm halia, dipotong panjang
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil lada sulah

 

Kaedah:
A. Ayam Bakar
1. Didihkan air di dalam periuk besar.
2. Apabila air mula mendidih, masukkan ramuan (B).
3. Tutupkan periuk dan didih selama ½ jam dengan api sederhana.
4. Keluarkan ayam dari sup dan ketepikan.
5. Ketepikan sup ayam.
6. Titiskan minyak bijan dan kicap dan gosokkannya di atas ayam.
7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200ºC selama 10 minit.

 
B. Nasi
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi.
2. Tuangkan 1 ½ cawan sup ayam ke dalam periuk dan gaulkan.
3. Tutupkan dengan penutup dan mulakan masak.

0 0 Continue Reading →

Bebola Ayam Kismis

raisin chicken

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan:
• 250g daging ayam kisar
• 1 cawan bawang merah, dipotong dan digoreng
• 1 biji telur
• 2 sudu besar kismis, dicincang
• 1 sudu besar daun ketumbar, dicincang
• ½ sudu besar lada hitam, dikisar
• ½ cawan serbuk roti
• ½ sudu kecil garam

 
Kaedah:
1. Masukkan semua ramuan ke dalam mangkuk besar.
2. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
3. Bentukkan adunan menjadi bebola.
4. Letakkan di atas dulang pembakar dan bakar selama 15-20 minit dalam ketuhar.
5. Keluarkan dari dulang dan hidangkan segera dengan sos tomato buatan sendiri.

0 0 Continue Reading →