


Ramuan:
• 150g kepingan ikan putih tanpa tulang
• 2/3 cawan serbuk roti
• 1 tangkai daun bawang
• 1 biji telur
• 1/3 sudu kecil garam
• 1/3 sudu kecil lada putih
• 1 sudu besar minyak zaitun
Kaedah:
1. Letakkan ikan, serbuk roti, daun bawang dan telur ke dalam pemproses makanan.
2. Perapkan dengan garam dan lada.
3. Bentukkan 8 begedil sama saiz dengan menggunakan campuran di atas.
4. Letakkan begedil di atas kuali tidak melekat yang telah dipanaskan atas api sederhana.
5. Masak 3 minit untuk setiap bahagian atau sehingga perang keemasan.
6. Hidangkan dengan salad.