Skip to Content

Category Archives: 9-12 Bulan

Snek Pisang & Bijirin Oat

Banana & Oats Snack

icon1Masa Memasak: 30 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• 1 biji pisang masak, dipotong menjadi potongan kecil
• ½ cawan bijirin oat
Kaedah:
1. Kisar bijirin oat menggunakan pengisar atau alat pemproses makanan.
2. Kukus hirisan pisang selama 10 minit.
3. Letakkan hirisan ke dalam mangkuk dan campurkan oat yang telah dikisar.
4. Uli campuran untuk membentuk doh yang melekit.
5. Potong doh menjadi kepingan bersaiz kecil yang sesuai untuk bayi anda.
6. Letakkan kepingan dengan jarak 1 inci di atas kertas silikon dan bakar selama 15 minit sehingga perang keemasan.
7. Hidangkan apabila sejuk.

0 0 Continue Reading →

Ayam & Tauhu Mee Sua

chicken & tofu mee

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• 100 g dada ayam tanpa tulang dan kulit, dipotong kecil
• 1 sudu besar minyak zaitun
• 1 biji bawang merah kecil, dikisar
• 1 ulas bawang putih, dikisar
• 1 keping tauhu, dipotong kecil
• ½ cawan labu, distim
• 1 simpul mee sua
Kaedah:
1. Rendamkan mee sua dalam air didih selama beberapa saat atau sehingga lembut.
2. Toskan dan letakkan mee sua ke dalam mangkuk.
3. Perapkan ketulan ayam dengan bawang merah kecil dan bawang putih yang telah dikisar selama 15 minit.
4. Didihkan ayam yang telah diperap dan kepingan tauhu dalam ¾ cawan air selama 15 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
5. Tuangkan sup ayam dan tauhu ke atas mee sua dan hidangkan.

0 0 Continue Reading →

Sup Krim Jagung, Kobis Bunga & Ikan

Creamy Corn

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 3 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• ½ keping filet ikan
• ¼ cawan jagung sejukbeku, dibasuh
• 1 cawan kobis bunga, dicuci dan dipotong kecil
• ¼ cawan susu
Kaedah:
1. Kukus ikan dan kobis bunga selama 15 minit atau sehingga lembut.
2. Masak jagung selama 20 minit di dalam secawan air mendidih sehingga lembut.
3. Potong sayur-sayuran atau kisar dengan kasar.
4. Kisar jagung sehingga sebati dengan susu.
5. Hidangkan semasa panas.

0 0 Continue Reading →

Pasta Abjad Mini Dengan Pesto

Mini Alphabet Pasta

icon1Masa Memasak: 25 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• ½ cawan pasta abjad mini
• 100 g dada ayam tanpa tulang dan kulit, dipotong kecil
• 1 cawan brokoli kecil, dipotong kecil
• ½ cawan kacang pis sejukbeku
• 1 cawan kobis bunga, dipotong kecil
Kaedah:
1. Rebus pasta selama 6 minit. Toskan air dan cedukkan ke dalam mangkuk.
2. Basuh sayur-sayuran dan kukus dengan ayam selama 20 minit atau sehingga lembut.
3. Potong sayur-sayuran dan ayam atau kisar campuran itu dengan kasar.
4. Tuangkan campuran ke atas pasta dan hidangkan.

0 0 Continue Reading →

Bubur Nasi Dengan Ayam & Lobak Merah

Rice Porridge

icon1Masa Memasak: 20 minit
icon1Hidangan: 5 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• ½ cawan beras
• 150 g dada ayam tanpa kulit dan tulang, dipotong kecil
• 1 lobak merah kecil, dikupas dan dipotong dadu
• ½ sudu kecil minyak zaitun
Kaedah:
1. Rebus ayam dan kiub lobak merah dengan beras bersama 1 cawan air selama 30 minit dalam periuk tertutup di atas api sederhana rendah.
2. Sendukkan bubur nasi yang telah disejukkan ke dalam mangkuk kecil.
3. Apabila dihidangkan, titiskan minyak zaitun ke atas bubur nasi.

0 0 Continue Reading →