Skip to Content

Category Archives: Resipi

Telur Bakar Dengan Bayam

thumb

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan:
• 200 g bayam segar, dibersihkan
• 1/4 sudu besar mentega
• 4 biji telur
• 4 keping roti Perancis
• Garam dan lada sulah, secukup rasa

 
Kaedah:
1. Masak bayam di dalam periuk bertutup dengan menggunakan 3 cawan air didih selama 3 minit.
2. Toskan air dan masukkan mentega.
3. Bahagikan bayam ke dalam 4 mangkuk kecil.
4. Pecahkan sebiji telur di atas bayam dalam setiap mangkuk kecil.
5. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 190ºC selama 12 minit atau sehingga telur mula masak.
6. Tambahkan garam dan lada sulah sebelum dihidang.
7. Hidang dengan roti Perancis yang telah dibakar.

0 0 Continue Reading →

Kek Gridel Pisang Dan Kelapa Parut

banana coconut cake

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan :
• 2 pisang masak
• 1 sudu besar gula
• 2 sudu besar penuh tepung
• 6 sudu besar kelapa parut segar
• 2 sudu besar minyak

 

Kaedah:
A. Adunan Pisang
1. Lecekkan sedikit pisang di dalam mangkuk.
2. Tambah gula dan tepung, dan campur sehingga sebati.
3. Masukkan kelapa parut.
B. Kek Gridel
1. Titiskan sedikit minyak di atas kuali leper yang telah dipanaskan.
2. Masukkan 2 sudu besar adunan pisang ke dalam kuali.
3. Apabila satu bahagian menjadi perang keemasan, terbalikkan kek untuk menggoreng di bahagian sebelahnya.
4. Hidangkan dengan segera.

0 0 Continue Reading →

Nasi Ayam

chickn rice

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan A:
• 6 cawan air
• ½ sudu kecil minyak bijan
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 tangkai daun bawang, dihiris
• 1 cawan beras, dibasuh dan ditos
• 1 timun, dihiris

 

Ramuan B:
• 8 drumet ayam, dibuang kulit
• 1 biji bawang merah, dihiris
• 3 ulas bawang putih, dihiris
• 2.5 cm halia, dipotong panjang
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil lada sulah

 

Kaedah:
A. Ayam Bakar
1. Didihkan air di dalam periuk besar.
2. Apabila air mula mendidih, masukkan ramuan (B).
3. Tutupkan periuk dan didih selama ½ jam dengan api sederhana.
4. Keluarkan ayam dari sup dan ketepikan.
5. Ketepikan sup ayam.
6. Titiskan minyak bijan dan kicap dan gosokkannya di atas ayam.
7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200ºC selama 10 minit.

 
B. Nasi
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi.
2. Tuangkan 1 ½ cawan sup ayam ke dalam periuk dan gaulkan.
3. Tutupkan dengan penutup dan mulakan masak.

0 0 Continue Reading →

Bebola Ayam Kismis

raisin chicken

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan:
• 250g daging ayam kisar
• 1 cawan bawang merah, dipotong dan digoreng
• 1 biji telur
• 2 sudu besar kismis, dicincang
• 1 sudu besar daun ketumbar, dicincang
• ½ sudu besar lada hitam, dikisar
• ½ cawan serbuk roti
• ½ sudu kecil garam

 
Kaedah:
1. Masukkan semua ramuan ke dalam mangkuk besar.
2. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
3. Bentukkan adunan menjadi bebola.
4. Letakkan di atas dulang pembakar dan bakar selama 15-20 minit dalam ketuhar.
5. Keluarkan dari dulang dan hidangkan segera dengan sos tomato buatan sendiri.

0 0 Continue Reading →

Ayam Berkrim Carbonara

creamy chicken

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan:
• ½ bungkus penne, direbus mengikut arahan pada pek
• 1 sudu besar minyak zaitun
• 2 dada ayam, dipotong dadu
• 2 ulas bawang putih, dicincang
• 6 cendawan segar, dihiris
• ½ lobak merah, dihiris halus
• 4 cawan susu
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil lada sulah

 
Kaedah:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan goreng ayam dengan api besar.
2. Apabila masak, tambahkan bawang putih,
cendawan dan hirisan lobak merah.
3. Tambahkan garam dan lada sulah.
4. Kecilkan api dan tuangkan susu.
5. Masukkan penne rebus dan kacau dengan baik.
6. Hidang semasa panas.

0 0 Continue Reading →

Mi Sanggul Dengan Ayam

egg noodles

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

 

Ramuan :
• 2 gulung mi sanggul, dicelur
• 3 ulas bawang putih, dicincang
• 1 sudu kecil halia, dicincang
• 2 sudu besar minyak bijan
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 sudu besar kicap masin
• ½ cawan air
• 1 sudu kecil lada sulah
• 2 ketul dada ayam, dihiris

 

Kaedah:
1. Panaskan minyak bijan di dalam kuali.
2. Tumis halia dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan kepingan-kepingan ayam dan masak
selama 2 minit sambil kacau.
4. Tuang sos tiram, kedua-dua jenis kicap dan lada
sulah.
5. Keluarkan ayam dan ketepikan.
6. Tambah air ke dalam kuali dan biarkan ia
mendidih dalam masa yang singkat
7. Rebus mi sanggul dan gaulkannya dengan baik.
8. Cedok mi ke dalam pinggan dan letakkan ayam
di atas mi.
9. Hidangkan dengan sayur rebus berwarna hijau.

0 0 Continue Reading →

Begedil Ikan

fish patties

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan:
• 150g kepingan ikan putih tanpa tulang
• 2/3 cawan serbuk roti
• 1 tangkai daun bawang
• 1 biji telur
• 1/3 sudu kecil garam
• 1/3 sudu kecil lada putih
• 1 sudu besar minyak zaitun
Kaedah:
1. Letakkan ikan, serbuk roti, daun bawang dan telur ke dalam pemproses makanan.
2. Perapkan dengan garam dan lada.
3. Bentukkan 8 begedil sama saiz dengan menggunakan campuran di atas.
4. Letakkan begedil di atas kuali tidak melekat yang telah dipanaskan atas api sederhana.
5. Masak 3 minit untuk setiap bahagian atau sehingga perang keemasan.
6. Hidangkan dengan salad.

0 0 Continue Reading →

Skon Madu

honey scones

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

 

Ramuan:
• 2 cawan tepung penaik, diayak
• ½ sudu kecil garam
• 1 sudu besar mentega tanpa garam
• ¾ cawan susu
• 1 sudu besar madu, dipanaskan

 

Kaedah:
1. Kacau tepung penaik bersama garam.
2. Adunkan mentega ke dalam campuran tepung sehingga ia menyerupai serbuk roti.
3. Buat satu lubang di tengah tepung.
4. Masukkan susu dan madu, campurkan dengan pantas
5. Letakkan adunan ke atas permukaan bertepung, dan uli sedikit.
6. Ratakan adunan untuk mendapat ketebalan 0.6cm.
7. Gunakan pemotong bulat untuk memotong adunan membentuk kepingan.
8. Letakkan kepingan-kepingan adunan dengan rapat di atas dulang pembakar yang telah digris.
9. Beruskan permukaan di atas setiap kepingan dengan sedikit susu.
10. Bakar dalam ketuhar

 

0 0 Continue Reading →

Snek Pisang & Bijirin Oat

Banana & Oats Snack

icon1Masa Memasak: 30 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• 1 biji pisang masak, dipotong menjadi potongan kecil
• ½ cawan bijirin oat
Kaedah:
1. Kisar bijirin oat menggunakan pengisar atau alat pemproses makanan.
2. Kukus hirisan pisang selama 10 minit.
3. Letakkan hirisan ke dalam mangkuk dan campurkan oat yang telah dikisar.
4. Uli campuran untuk membentuk doh yang melekit.
5. Potong doh menjadi kepingan bersaiz kecil yang sesuai untuk bayi anda.
6. Letakkan kepingan dengan jarak 1 inci di atas kertas silikon dan bakar selama 15 minit sehingga perang keemasan.
7. Hidangkan apabila sejuk.

0 0 Continue Reading →

Ayam & Tauhu Mee Sua

chicken & tofu mee

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• 100 g dada ayam tanpa tulang dan kulit, dipotong kecil
• 1 sudu besar minyak zaitun
• 1 biji bawang merah kecil, dikisar
• 1 ulas bawang putih, dikisar
• 1 keping tauhu, dipotong kecil
• ½ cawan labu, distim
• 1 simpul mee sua
Kaedah:
1. Rendamkan mee sua dalam air didih selama beberapa saat atau sehingga lembut.
2. Toskan dan letakkan mee sua ke dalam mangkuk.
3. Perapkan ketulan ayam dengan bawang merah kecil dan bawang putih yang telah dikisar selama 15 minit.
4. Didihkan ayam yang telah diperap dan kepingan tauhu dalam ¾ cawan air selama 15 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
5. Tuangkan sup ayam dan tauhu ke atas mee sua dan hidangkan.

0 0 Continue Reading →