Skip to Content

Category Archives: Resipi

Sup Krim Jagung, Kobis Bunga & Ikan

Creamy Corn

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 3 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• ½ keping filet ikan
• ¼ cawan jagung sejukbeku, dibasuh
• 1 cawan kobis bunga, dicuci dan dipotong kecil
• ¼ cawan susu
Kaedah:
1. Kukus ikan dan kobis bunga selama 15 minit atau sehingga lembut.
2. Masak jagung selama 20 minit di dalam secawan air mendidih sehingga lembut.
3. Potong sayur-sayuran atau kisar dengan kasar.
4. Kisar jagung sehingga sebati dengan susu.
5. Hidangkan semasa panas.

0 0 Continue Reading →

Pasta Abjad Mini Dengan Pesto

Mini Alphabet Pasta

icon1Masa Memasak: 25 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• ½ cawan pasta abjad mini
• 100 g dada ayam tanpa tulang dan kulit, dipotong kecil
• 1 cawan brokoli kecil, dipotong kecil
• ½ cawan kacang pis sejukbeku
• 1 cawan kobis bunga, dipotong kecil
Kaedah:
1. Rebus pasta selama 6 minit. Toskan air dan cedukkan ke dalam mangkuk.
2. Basuh sayur-sayuran dan kukus dengan ayam selama 20 minit atau sehingga lembut.
3. Potong sayur-sayuran dan ayam atau kisar campuran itu dengan kasar.
4. Tuangkan campuran ke atas pasta dan hidangkan.

0 0 Continue Reading →

Bubur Nasi Dengan Ayam & Lobak Merah

Rice Porridge

icon1Masa Memasak: 20 minit
icon1Hidangan: 5 orang
icon1Untuk Bayi: 9-12 Bulan

Ramuan:
• ½ cawan beras
• 150 g dada ayam tanpa kulit dan tulang, dipotong kecil
• 1 lobak merah kecil, dikupas dan dipotong dadu
• ½ sudu kecil minyak zaitun
Kaedah:
1. Rebus ayam dan kiub lobak merah dengan beras bersama 1 cawan air selama 30 minit dalam periuk tertutup di atas api sederhana rendah.
2. Sendukkan bubur nasi yang telah disejukkan ke dalam mangkuk kecil.
3. Apabila dihidangkan, titiskan minyak zaitun ke atas bubur nasi.

0 0 Continue Reading →

Stew Ayam & Tomato

Chicken & Tomato

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 6-8 Bulan

Ramuan:
• 150 g dada ayam tanpa tulang dan kulit
• 1 biji tomato masak
Kaedah:
1. Potong ayam menjadi kepingan kecil.
2. Tomato dipotong dadu.
3. Kukus ayam dan tomato selama 15 minit.
4. Puri ayam dan tomato sehingga menjadi pes yang pekat dan sebati.
5. Hidangkan apabila masakan tidak terlalu panas.

0 0 Continue Reading →

Keledek Lecek

Mashed Sweet Potato

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 6-8 Bulan

Ramuan:
• 1 biji ubi keledek kecil
• 2 sudu besar susu
• ¼ sudu kecil minyak zaitun
Kaedah:
1. Kupas ubi keledek dan dipotong dadu.
2. Kukus ketulan keledek selama 15 minit atau sehingga lembut.
3. Puri ketulan sehingga menjadi pes yang sebati dan pekat.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan susu dan minyak zaitun sebelum dihidangkan.

0 0 Continue Reading →

Bijirin Oat Dengan Puri Buah

Oat Cereal

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan untuk: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 6-8 Bulan

Ramuan:
• ¼ cawan bijirin oat yang telah dikisar
• ¾ cawan air
• 1 biji epal, dikupas, dibuang biji dan dipotong dadu
• 2 sudu besar manga yang telah dihiris
• 4 sudu besar susu
Kaedah:
1. Campurkan bijirin yang telah dikisar ke dalam air yang mendidih, dikacau sentiasa.
2. Didihkan selama 5 minit, pukul sehingga sebati.
3. Campurkan susu dan tuangkan ke dalam mangkuk.
4. Kukus epal dan mangga yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
5. Kemudian, kisar ketulan epal dan mangga selama 5 saat sehingga sebati
6. Tuangkan puri epal ke atas bijirin oat.

0 0 Continue Reading →

Smootie Buah Pir

Pear Smoothie

icon1Masa Memasak: 10 minit
icon1Hidangan: 2 orang
icon1Untuk Bayi: 6-8 Bulan

Ramuan:
• 1 biji pir masak
• 2 sudu besar susu
Kaedah:
1. Kupas kulit buah pir dan potong kecil.
2. Kukus potongan pir selama 10 minit atausehingga lembut.
3. Kisar potongan pir selama 5 saat atau
sehingga tiada lagi ketulan.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk dancampurkan susu.
5. Hidangkan apabila sejuk.

0 0 Continue Reading →

Bubur Buah Labu & Barli Dengan Ikan

Pumpkin & Barley Porridge

icon1Masa Memasak: 45 minit
icon1Hidangan untuk: 3 orang
icon1Untuk Bayi: 6-8 Bulan

Ramuan:
• 1 cawan buah labu yang dikupas, dibuang biji dan dicincang
• ½ keping filet ikan, dipotong dadu
• 1 sudu besar barli
• 2 sudu besar beras
• 4 sudu besar susu
Kaedah:
1. Masukkan beras dan barli ke dalam periuk dan rebus dengan 2 cawan air dengan api yang kecil selama 30 minit sehingga lembut dan halus.
2. Untuk tekstur yang halus, barli dengan bubur nasi boleh dikisar selama 3 saat apabila hidangan telah sejuk.
3. Kukus potongan labu dan ikan selama 15 minit atau sehingga lembut.
4. Kisar potongan ini selama 10 saat.
5. Tuangkan ke dalam mangkuk dan campurkan susu ke dalam bubur barli dan nasi sehingga sebati.

0 0 Continue Reading →

Pisang Stim & Puri Betik

Steamed Banana

icon1Masa memasak: 10 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk bayi: 6-8 Bulan

Ramuan:
• 1 biji pisang, dikupas
• 1 cawan betik, dikupas, dibuang biji dan dipotong dadu
• 4 sudu besar susu
Kaedah:
1. Potong buah pisang menjadi beberapa bahagian kecil.
2. Kukus potongan pisang bersama betik yang dipotong dadu selama 10 minit.
3. Lecekkan buah-buahan menggunakan garfu megikut tekstur yang dikehendaki.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan susu.

0 0 Continue Reading →