banana coconut cake

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan :
• 2 pisang masak
• 1 sudu besar gula
• 2 sudu besar penuh tepung
• 6 sudu besar kelapa parut segar
• 2 sudu besar minyak

 

Kaedah:
A. Adunan Pisang
1. Lecekkan sedikit pisang di dalam mangkuk.
2. Tambah gula dan tepung, dan campur sehingga sebati.
3. Masukkan kelapa parut.
B. Kek Gridel
1. Titiskan sedikit minyak di atas kuali leper yang telah dipanaskan.
2. Masukkan 2 sudu besar adunan pisang ke dalam kuali.
3. Apabila satu bahagian menjadi perang keemasan, terbalikkan kek untuk menggoreng di bahagian sebelahnya.
4. Hidangkan dengan segera.