Memberi bayi anda terlalu banyak atau terlalu sedikit makanan boleh menyebabkan masalah pemakanan. Anda boleh mengelakkan masalah ini dan memastikan waktu makan adalah masa yang menggembirakan dengan menjadi lebih peka terhadap tanda-tanda bayi lapar atau kenyang. Tambahan pula, bayi mungkin juga menolak makanan baharu, tercekik atau meluahkannya selepas makan. Semua masalah ini adalah biasa dan mempelajari apa yang perlu dilakukan boleh membantu anda mengatasinya dengan mudah.

3.4

Tanda-tanda bayi lapar dan kenyang

Adalah penting untuk memberi perhatian kepada selera makan bayi agar anda dapat memberi pemakanan yang optimum, dan juga mengelak daripada memberi makan berlebihan.

  • Tanda-tanda bayi lapar:
  • Memaling kepada anda/teruja apabila melihat makanan atau diberi makanan
  • Meragam
  • Menangis
  • Meletakkan tangan ke dalam mulutnya
  • Membuat pergerakan mengunyah
  • Tanda-tanda bayi anda mungkin kenyang:
  • Tutup mulut apabila sudu didekatkan
  • Melawan atau menolak sudu
  • Menunjukkan tanda-tanda hendak meninggalkan meja atau kerusi
  • Terganggu dengan persekitarannya

Apa anda boleh lakukan jika bayi menolak atau mengelakkan makanan baharu

Apabila bayi menolak makanan

  • Bayi mungkin kenyang, letih, terganggu atau sakit
  • Jangan lupa bahawa bayi anda akan makan apabila dia lapar, dan tidak akan berlapar sehingga mati kerana enggan makan.
  • Beri perhatian kepada tanda-tanda dia kenyang dan percayalah bahawa bayi anda mengetahui berapa banyak makanan yang dia perlukan.
  • Jangan paksa anak untuk makan kerana ini akan menjadikan waktu makan masa untuk bertengkar dan juga boleh menyebabkan makan berlebihan.

 

Apabila bayi mengelakkan makanan baharu

  • Jangan berputus asa jika bayi anda menolak makanan baharu. Kajian menunjukkan bahawa sesuatu makanan baharu perlu diberi sehingga 10 kali atau lebih sebelum bayi mengambilnya.
  • Mendapatkan anak anda untuk merasa sahaja makanan baharu akhirnya akan membuat mereka menerima kebanyakan makanan di masa akan datang.

 

Membantu bayi menerima makanan baharu dengan mudah

  • Mulakan dengan sukatan yang sangat sedikit dan berikan makanan baharu kepada anak anda tiga kali sehari.
  • Jangan tunjukkan reaksi yang keterlaluan jika bayi anda menolak. Teruskan dengan sesuatu yang anda tahu dia gemar.
  • Cuba beri makanan baharu pada waktu makan lain.

Apa anda perlu lakukan jika bayi menjeluak atau memuntahkan keluar setiap kali selepas makan

Apabila bayi sedang belajar mengendalikan tekstur baharu, mereka mungkin tersekat atau membatukkan makanan yang memerlukan lebih banyak kunyahan . Ini adalah reaksi semula jadi dan sebahagian daripada proses pembelajaran. Ibu bapa tidak perlu cemas apabila ia berlaku. Kemungkinan besar bayi hanya memerlukan sedikit pengalaman untuk menghadapi rasa dan tekstur baharu dengan mudah. Walau bagaimanapun, jika seorang bayi kerap tersekat atau batuk selepas makan, anda mungkin ingin berjumpa dengan doktor untuk membincang mengenainya. Dari segi menjeluak/regurgitasi, ia berlaku dalam kalangan semua bayi. Berita baiknya ialah menjeluak semakin berkurangan apabila bayi mencapai umur setahun.

 

Reducing Mengurangkan peluang menjeluak:

  • Sendawakan bayi secara tetap
  • Elak memberi makan berlebihan
  • Pastikan bayi sentiasa duduk apabila memberi dia makan
  • Elak bermain dengan bayi anda sejurus selepas makan

 

Untuk maklumat lanjut tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak, sila rujuk pada

  1. MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA (2013) Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents. Putrajaya: Technical Working Group on Nutritional Guidelines (for National Coordinating Committee on Food and Nutrition).
  2. NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA (2011) Baby’s First Bites. Petaling Jaya: Mother’s Smart Choice.