MEMBERI SI KECIL ANDA PERMULAAN YANG SIHAT
Pada umur 1 tahun, si kecil anda harus mengambil makanan yang sama seperti yang dinikmati oleh seluruh keluarga. Memulakan si kecil anda dengan diet yang berkhasiat membantu memastikan dia terus mengamalkan tabiat makan secara sihat. Sementara itu, terus menyusukannya sehingga mencapai umur 2 tahun.
MEMBENTUK TABIAT MAKAN YANG BAIK DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Galakkan si kecil anda untuk sama-sama pergi membeli barang runcit dan menyediakan hidangan yang mudah. Kemudian biarkan si kecil makan bersama keluarga dan galakkan dia untuk makan sendiri. Makan di meja bersama orang dewasa serta kanak-kanak lain akan mengajar anak anda perlakuan di meja makan dan kemahiran sosial.
MEMILIH MAKANAN YANG LEBIH BERKHASIAT DI PASARAN
Mempelajari bagaimana untuk membaca label makanan boleh membantu anda memilih produk makanan yang lebih sihat di pasaran untuk si kecil anda dan ahli keluarga yang lain.
Anda mungkin biasa dengar ...
• Si kecil tidak perlu diberi susu ibu
• Jika si kecil menolak sejenis makanan, jangan berikan lagi
• Si kecil mesti menghabiskan semua makanan dalam pinggan mereka
• Si kecil boleh diberikan diet rendah lemak
• Gula-gula boleh diberikan sebagai ganjaran
• Pemakanan si kecil akan mempengaruhi kesihatannya ketika dewasa

Membezakan fakta daripada mitos dapat membantu anda memberi si kecil anda nutrien-nutrien yang diperlukan untuk berkembang secara normal dan sihat.