Galakkan si kecil anda untuk sama-sama pergi membeli barang runcit dan menyediakan hidangan yang mudah. Kemudian biarkan si kecil makan bersama keluarga dan galakkan dia untuk makan sendiri. Makan di meja bersama orang dewasa serta kanak-kanak lain akan mengajar anak anda perlakuan di meja makan dan kemahiran sosial.
Menggalakkan si kecil anda makan secara sihat
Si kecil anda boleh mula makan makanan keluarga pada sekitar umur 12 bulan iaitu makanan yang dimakan oleh seluruh keluarga. Untuk memastikan si kecil anda gemar rasa hidangan berkhasiat, tabiat makan secara sihat hendaklah digalakkan sejak dari kecil.
- Galakkan si kecil anda untuk sama-sama terlibat dalam penyediaan makanan dengan membawanya membeli barang runcit.
- Membiasakannya dengan waktu makan. Tunjukkan bagaimana makanan disediakan dan dimasak, dan biarkan dia bantu menyediakan tempat makan. Dia boleh lakukan perkara mudah seperti meletakkan sudu di atas meja, sehinggalah kepada kerja yang lebih sukar apabila dia besar.
- Perut si kecil anda kecil dan dia cepat lapar, maka sasarkan untuk memberi dia 4 hingga 5 hidangan utama dan 1 hingga 2 snek sehari.
- Sambil memastikan si kecil anda mendapat makanan berkhasiat, fikirkan juga tentang makanan kegemarannya dan jumlah yang dia boleh makan. Ini mengurangkan stres dan menjadikan waktu makan lebih seronok.
- Jadikan hidangan dan snek menyeronokkan dengan menghias makanan dengan cara yang menarik seperti hiasan smiley yang menarik minat si kecil anda.
- Tunjukkan teladan yang baik dan makanlah secara sihat – si kecil anda akan mengikut jejak anda. Seberapa yang boleh, galakkan si kecil anda untuk makan bersama keluarga untuk membolehkan dia mempelajari perlakuan di meja makan dan tabiat makan yang baik.
- Galakkan si kecil anda untuk makan sendiri. Ini membantu mengasah kemahiran motornya dan belajar untuk berdikari.
- Hidangan seimbang yang disediakan di rumah adalah satu keutamaan. Sediakan hidangan tersebut menggunakan pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia. Ini akan memastikan si kecil anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar dan berkembang. Ia juga membantu memperkenalkan kepadanya rasa dan tekstur yang berbeza serta meningkatkan keupayaan untuk menerima pelbagai jenis makanan berkhasiat.
Perkara yang patut dan tidak patut dilakukan pada waktu makan
Lakukan
- Jadikan waktu makan masa yang gembira dan relaks.
- Makan bersama sebagai satu keluarga untuk membolehkan si kecil anda mempelajari perlakuan baik di meja makan daripada orang dewasa yang ada bersama.
- Galakkan si kecil anda untuk makan sendiri agar dia boleh berdikari.
- Hidangkan pelbagai makanan kepada si kecil anda untuk perisa yang berbeza dan pengambilan nutrien seimbang.
- Jika pada mulanya si kecil anda enggan makan beberapa kali, ulangi pemberian makanan yang sama pada waktu lain.
Jangan
- Pasang TV, telefon dan tablet ketika waktu makan kerana ia akan mengalihkan perhatian mereka.
- Paksa si kecil anda untuk menghabiskan semua makanan di dalam pinggannya. Sebaliknya, beri perhatian jika dia menunjukkan tanda-tanda lapar.
- Hidangkan makanan yang keras, sukar dikunyah atau berketul.
- Tambahkan garam atau sos masin ke dalam makanan si kecil anda.
- Guna makanan seperti gula-gula sebagai ganjaran jika si kecil anda berkelakuan baik kerana memberi ganjaran tidak menggalakkan sikap yang sihat terhadap makanan dan makan.
Untuk maklumat lanjut tentang pemakanan bayi dan kanak-kanak, sila rujuk pada
- MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA (2013) Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents. Putrajaya: Technical Working Group on Nutritional Guidelines (for National Coordinating Committee on Food and Nutrition).
- NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA (2011) Breastfeed with Confidence. Petaling Jaya: Mother’s Smart Choice.