Mengenai MyNutriBaby
MYNUTRIBABY bertujuan untuk mendidik ibu bapa mengenai kepentingan pemakanan yang baik untuk tumbesaran, perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak yang berusia 0 hingga 2 tahun. Kami juga ingin membantu ibu bapa memupuk tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak-anak mereka yang akan membantu mencegah penyakit-penyakit tidak berjangkit pada zaman kanak-kanak dan apabila mereka meningkat dewasa.
Laman web kami dikhususkan untuk pelbagai topik dan kebimbangan lazim bawah subjek-subjek berikut:
1) Penyusuan susu ibu – nasihat dan tip untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan bayi, termasuk ibu-ibu yang perlu kembali bekerja.
2) Makanan pelengkap – memberi bantuan dan panduan untuk ibu-ibu ketika memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi mereka dari usia 6 bulan.
3) Makanan keluarga – bagaimana untuk terus memberi pemakanan yang baik kepada kanak-kanak ketika mereka sudah selesa dengan makanan pepejal dan bersedia untuk makan makanan yang dinikmati oleh seisi keluarga.
Mengenai Para Penganjur:
Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)
Ditubuh pada 1985, NSM ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mempromosikan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat. NSM telah menjalankan beberapa program pendidikan pemakanan yang utama untuk kanak-kanak, keluarga dan wanita di Malaysia. NSM juga kerap mempromosi dan menyebarkan pengetahuan saintifik mengenai makanan dan pemakanan melalui bengkel, seminar dan pelbagai acara lain.
Laman Web: http://www.nutriweb.org.my/
Persatuan Obstetrik and Ginekologi Malaysia (OGSM)
OGSM ialah sebuah organisasi bebas, bukan berasaskan keuntungan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam mempromosikan kesihatan wanita dengan menganjurkan projek-projek kesihatan komuniti dan kempen-kempen kesedaran kesihatan.
Laman Web: http://www.ogsm.org.my/
Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA)
MPA memainkan peranan penting dalam menyokong semua isu berkaitan pediatrik dan kesihatan kanak-kanak, serta isu-isu sosial dan kontroversi semasa yang berkaitan.
Laman Web: http://mpaweb.org.my/
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Objektif utama LPPKN adalah untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program kerjasama efektif yang bertujuan untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia.
Laman Web: http://www.lppkn.gov.my/
Penafian: MyNutriBaby tidak sama sekali bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan doktor atau pakar kesihatan anda. Jika terdapat sebarang keraguan, sila dapatkan nasihat doktor. Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang isu yang timbul daripada penggunaan maklumat daripada MyNutriBaby. NSM, OGSM, MPA dan LPPKN tidak mengesyorkan mana-mana produk. Hak milik intelektual tertakluk kepada program MyNutriBaby.