


Ramuan :
• 2 gulung mi sanggul, dicelur
• 3 ulas bawang putih, dicincang
• 1 sudu kecil halia, dicincang
• 2 sudu besar minyak bijan
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 sudu besar kicap masin
• ½ cawan air
• 1 sudu kecil lada sulah
• 2 ketul dada ayam, dihiris
Kaedah:
1. Panaskan minyak bijan di dalam kuali.
2. Tumis halia dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan kepingan-kepingan ayam dan masak
selama 2 minit sambil kacau.
4. Tuang sos tiram, kedua-dua jenis kicap dan lada
sulah.
5. Keluarkan ayam dan ketepikan.
6. Tambah air ke dalam kuali dan biarkan ia
mendidih dalam masa yang singkat
7. Rebus mi sanggul dan gaulkannya dengan baik.
8. Cedok mi ke dalam pinggan dan letakkan ayam
di atas mi.
9. Hidangkan dengan sayur rebus berwarna hijau.