PANDUAN PANTAS
Pengalaman Memulakan Makanan Pepejal
(6 - 12 Bulan)
Klik di bawah untuk bermula!

PENGALAMAN MAKANAN PEPEJAL PERTAMA BAGI BAYI
Memulakan pemberian makanan pepejal terlalu awal atau terlalu lambat akan memberi kesan negatif terhadap pengambilan nutrien dan pertumbuhan bayi anda. Enam bulan merupakan umur yang tepat bagi bayi mula mengambil makanan pepejal dan anda boleh mencapai peralihan yang berjaya, terutamanya jika anda memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut...
• Tanda-tanda bayi bersedia untuk makan makanan pepejal.
• Memilih makanan pertama yang sesuai.
• Meneruskan penyusuan susu ibu mengikut kehendak
MAKANAN YANG SESUAI UNTUK BAYI ANDA
Adakah bayi mendapat nutrien secukupnya? Bagaimana anda boleh mencegah bayi anda daripada tercekik makanan? Tip-tip berikut akan memastikan bahawa bayi anda selamat, sihat dan gembira dalam pengembaraannya dengan makanan pepejal...
• Beri anak anda sukatan dan jenis makanan yang sesuai.
• Sediakan tekstur dan kepekatan makanan yang sesuai untuk bayi apabila dia membesar.
• Pastikan makanan bayi disediakan dengan selamat dan bersih

BERHATI-HATI DENGAN ALAHAN MAKANAN APABILA MEMBERI BAYI MAKAN
bayicon
1 dalam setiap 3 rakyat Malaysia menghidapi alahan. Dalam 60% daripada kes-kes ini, alahan menjadi ketara pada tahun pertama kehidupan. Di Asia, makanan lazim yang menyebabkan reaksi alahan ialah telur dan susu lembu, diikuti oleh makanan laut (ikan dan kerang-kerangan). Jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan makanan, anda harus berhati-hati apabila memberi bayi anda beberapa jenis makanan.
Apa yang anda perlu tahu:
• Tanda-tanda dan simptom
• Bagaimana untuk mencegah reaksi alergi
MENGETAHUI CORAK PENGAMBILAN MAKANAN BAYI ANDA
Memberi bayi anda terlalu banyak atau terlalu sedikit makanan boleh menyebabkan masalah pemakanan, dan anda boleh mengelakkan masalah ini dengan memastikan waktu makan adalah masa yang menggembirakan dan menjadi lebih peka terhadap tanda-tanda bayi lapar atau kenyang. Tambahan pula, bayi mungkin juga menolak makanan baharu, tercekik atau meluahkannya selepas makan. Semua masalah ini adalah biasa dan dengan mempelajari apa yang perlu dilakukan boleh membantu anda mengatasinya dengan mudah.

MEMBERI MAKAN KEPADA BAYI ANDA YANG SAKIT
Apabila bayi sakit, teruskan memberi makanan untuk memastikan dia mendapat nutrien secukupnya agar membantu dia pulih. Berapa banyakkah harus anda berikan? Apakah makanan yang perlu dielakkan? Bagaimana untuk menguruskan pemberian makan kepada bayi apabila dia mengalami ...
• Sembelit
• Cirit-birit & Muntah
• Demam & Flu

Lama kelamaan, beberapa mitos tentang makanan pepejal bayi mula timbul. Sebagai contoh, anda mungkin terdengar yang ...
• Makanan pepejal membuatkan bayi tidur lebih lama
• Bayi yang lebih besar patut memulakan makanan pepejal lebih awal
• ada usia 6 bulan, bayi memerlukan formula sebagai tambahan kepada susu ibu
• Anda patut menjauhkan bayi daripada makanan ynag mungkin menyebabkan reaksi alergi
• Bayi perlu minum hanya minuman jus yang dibuat oleh syarikat makanan bayi
Apa yang patut anda percaya?