DIET SIHAT UNTUK ANDA DAN BAYI ANDA
Ibu-ibu perlu mengambil diet yang berkhasiat bagi menghasilkan susu secukupnya untuk bayi dan memilih makanan yang betul agar boleh membantu anda mendapat kembali bentuk badan asal. Jadi, apakah diet yang ideal untuk ibu yang menyusukan bayi? Adakah terdapat makanan yang perlu dielakkan?
MENYUSUKAN BAYI DENGAN BETUL
Anda tidak sepatutnya berasa sakit apabila menyusukan bayi. Sekiranya terdapat kesakitan, lazimnya ia boleh diatasi dengan teknik penyusuan yang betul. Pastikan bayi dilekapkan dengan betul, menyusu dalam persekitaran yang relaks, dan sentiasa bertenang. Lakukan perkara yang sama jika bayi mengalami kolik.
BILA UNTUK MEMULAKAN PENYUSUAN
Penyusuan susu ibu mengikut kehendak merupakan kunci untuk memastikan bayi mendapat susu secukupnya dan khasiat yang terkandung di dalamnya.
Susu ibu juga diperlukan oleh bayi untuk mengekalkan hidrasi. Bayi baru lahir harus dikejutkan dari tidur dan disusukan setiap 3 atau 4 jam bagi sekurang-kurangnya dua minggu pertama, atau sehingga penambahan berat badannya stabil; dan penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan walaupun apabila bayi sakit. Perhatikan najis dan air kencing bayi, serta pertumbuhannya untuk menentukan sama ada dia mendapat susu yang diperlukan.
MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU DAN PENYELESAIANNYA
Ibu-ibu yang baharu kepada penyusuan susu ibu mungkin akan mengalami beberapa masalah kecil seperti berikut:
• Keletihan • Susu tidak mencukupi • Puting sakit dan merekah • puting terbalik • Payudara menjadi bengkak • Mastitis (Jangkitan payudara)
PENYUSUAN SUSU IBU DAN IBU-IBU YANG BEKERJA
Ibu-ibu pasti ingin meluangkan lebih banyak masa bersama bayi mereka, namun selepas 2-3 bulan, masanya sudah tiba untuk kembali bekerja. Menyusukan bayi apabila kembali bekerja sememangnya boleh dilakukan dan ibu-ibu digalakkan untuk terus memberi khasiat terbaik kepada bayi mereka. Ikuti langkah mudah ini:
• Menyediakan barang-barang yang anda perlukan.
• Berbincang dengan majikan dan rakan sekerja.
• Berlatih untuk mengepam susu.
• Melatih bayi kira-kira 2 minggu sebelum kembali bekerja.
• Berbincang dengan pengasuh tentang penjagaan bayi anda.