PANDUAN PANTAS
Bersedia Untuk Menyusukan Bayi
(Peringkat Kehamilan)
Klik di bawah untuk bermula!

KEAJAIBAN SUSU IBU
Susu ibu adalah makanan semulajadi dan berkhasiat yang menawarkan banyak kebaikan bagi memastikan perkembangan bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu juga memberi manfaat kepada ibu dalam banyak cara, termasuklah mendapatkan badan yang langsing semula selepas bersalin, mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta ia cara yang terbaik untuk mengeratkan hubungan anda dengan bayi.
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA
Ibu-ibu hendaklah mula membuat persedian untuk menyusukan bayi sejak mula hamil. Terdapat banyak cara untuk bersedia, termasuk mendaftar untuk kelas antenatal, dan mempelajari teknik dan posisi yang betul. Aksesori penyusuan susu ibu seperti pad payudara, pam dan coli penyusuan boleh dibeli selepas trimester kedua anda.

PENYUSUAN PERTAMA BAYI
Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi daripada jangkitan.
Oleh itu, memulakan penyusuan susu ibu dalam tempoh satu jam pertama kehidupan bayi adalah amat baik. Ibu-ibu yang menyusukan bayi buat pertama kalinya mungkin mendapati bahawa pada peringkat awal, penyusuan susu ibu agak mencabar. Dengan menyedari apa yang perlu dijangka anda akan mendapati menyusukan bayi ini adalah satu pengalaman yang menggembirakan.
BANTUAN ADA BERDEKATAN
Ibu-ibu, anda bukan bersendirian, bantuan ada di sini. Terdapat para profesional yang tugas mereka adalah untuk menyokong anda dalam perjalanan penyusuan susu ibu anda, maka anda boleh menghubungi mereka tanpa ragu-ragu.
ladydoctorUntuk Nasihat ProfesionalDoktor, Jururawat, Perunding laktasi, Klinik Kerajaan, NGO Penyusuan Susu Ibu, Kumpulan Sokongan Ibu
familyUntuk Sokongan Emosi Suami, Ahli keluarga, Rakan-rakan
Lihat Peranan Mereka

KEMUSYKILAN DAN KEBIMBANGAN
Berasa bimbang adalah perkara biasa jika anda menyusukan bayi buat kali pertama. Anda mungkin bimbang tentang...
• Sakit ketika menyusukan • Jika susu ibu mencukupi • Penyusuan selepas pembedahan caesarean • Penyusuan menyebabkan payudara menjadi kendur • Payudara kecil kurang menghasilkan susu