thumb

icon1Masa Memasak: 15 minit
icon1Hidangan: 4 orang
icon1Untuk Bayi: 1-2 Tahun

Ramuan:
• 200 g bayam segar, dibersihkan
• 1/4 sudu besar mentega
• 4 biji telur
• 4 keping roti Perancis
• Garam dan lada sulah, secukup rasa

 
Kaedah:
1. Masak bayam di dalam periuk bertutup dengan menggunakan 3 cawan air didih selama 3 minit.
2. Toskan air dan masukkan mentega.
3. Bahagikan bayam ke dalam 4 mangkuk kecil.
4. Pecahkan sebiji telur di atas bayam dalam setiap mangkuk kecil.
5. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 190ºC selama 12 minit atau sehingga telur mula masak.
6. Tambahkan garam dan lada sulah sebelum dihidang.
7. Hidang dengan roti Perancis yang telah dibakar.